Wednesday, August 11, 2010

Bukankah Mati itu syarat menemui cinta?

Bacalah sejarah Ghazali yang masyhur
Dituduh membawa bidaah


Lihatlah Al Hallaj dipalang salib mati
Orang2 dunia dilagukan lagu jaya
Ahli2 rohani dilagukan lagu gila
Apalah malangnya ahli2 meterialis
Tidak tahu ahli sufi membawa mutiara
Mereka lebih kenal batu dan kaca
Kerana batu dan kaca dimana saja ada
Batu2 dan kaca lebih bercahaya
Mudah ditangkap oleh mata
Memanglah mutiara selalu tersembunyi payah dilihati
Kawan2 yang dianggap gila
Pada kita itu semua tidak apa2
Kita tahu ini semua kita akan rasa
Nabi pernah bersabda
Bala yang berat akan ditimpa pada Nabi2
Setelah itu aulia2
Ahli2 sufi kan terlibat jua
Kemudian mengikut iman masing2 pula
Meterialisma menyangka ini semua bala dan siksa
Pada kita ini lagu rindu,ini lagu merdu
Kita ingatkan mereka2 ini
Jangankan fitnah,jangankan seksa,mati kami mahu
Bagi ahli sufi mati itu adalah dicita
Bukankah mati syarat menemui cinta?
Ahli Sufi,dunia ini tidak ada erti
Dunia ini dianggap penghalang menuju yang dirindu
Sebab itu mereka ingin mati
Sebab itu mereka dikenal dilangit tidak dikenal dibumi
Ahli2 sufi selalu membawa cinta yang satu
Mereka selalu membawa lagu damai
Semangat persaudaraan kasihkan sesama makhluk mereka semai
Inipun mereka tidak nampak lagi
Padahal ahli2 benda menimbulkan kasta2
Ahli2 politik menimbulkan huruhara
Ahli2 Feqah hanya mujadalah semata2
Mereka2 ini menimbulkan celaka dimaya pada
Golongan ini selalu menerima selalu mengambil
Ahli2 sufi selalu memberi walaupun mereka tidak kaya.

(aku bukan puitis, tapi aku suka baca puitis, suka tengok hasil otak- kosong- ditulis)




No comments: