Sunday, May 29, 2011

Biar

Merimbun dedaun beringin
Menambah sepi di hati
Ketika menyusur Jalan Haji Tok

Mentari hangat dan riuh pekan baru sahaja ditinggalkan
Satu jam, empat puluh lima minit.
Persoalan timbul bagai aturan catur
Kadang lama, kadang pantas, yakin

Tapi tidak terjawab semuanya,
yang berbunyi cuma deruman enjin,
dan motorsikal yang berselisih.
Hanya menambah lagi aturan persoalan.
Sesekali nafas itu sesak.

Tak lama diteduhkan pohon beringin.
Enjin dimatikan.
Rombongan tiba.
Sesekali awan bergerak membiar mentari menggigit.
Ada tangis memecah kesunyian, diselang sedut hingus dan batuk kecil.

Di tanah wakaf Jalan Haji Tok,
Seorang rakan dihantar pulang,
Biar, biar tanah meneman.
Setelah nama itu di-bin kan nama ibunya,
Sesudah surah dibaca.


*Al-Fatihah kepada Onton@Farid, 29/5/2011