Monday, November 29, 2010

dot dot dot

dot dot dot
beginikah jadi bisu
bila tiada satu suara didengar
dari mulut sendiri
atau mungkin begini pekak
tiada satu pun dapat dilihat
mungkin ini buta

dot dot dot
mungkin ini rasanya sakaratul maut
bila nafas tersangkut di kerongkong
perit dan terik
gelembong gelembong udara makin besar
meluka lagi anak tekak

dot dot dot
mungkin begini juga rasa rindu
bila hendak berjumpa
tapi dimensinya berbeza
mungkin ini rasanya cinta
bila tidak tahu apa kehendak
tidak tahu tujuan

dot dot dot
mungkin ini rasanya dewasa
sudah kenal manusia
tahu berbatas
tahu susila
tahu adab dan adat
tahu berterima kasih
tahu bersyukur padaNya

dot dot dot
mungkin inilah hidup di dunia
terjaga dan terpelihara si mukmin
senang lenang si kafir itu
kekadang hati mukminaaat iri
ingin seperti sekalian itu
yang bukan penghuni surga

dot dot dot
mungkin inilah bersabar
percaya
yakin
pasti bila akhir dunia
akan ada satu dunia lagi
dalam satu ruang dimensi
bila tidak lagi bisu
tidak mungkin pekak
bertemu cinta
mengubat rindu
selepas detik sakratul maut

dot dot dot


Thursday, November 18, 2010

Musim Cinta


Maka hati hati kami
Sekali lagi diuji Tuhan


Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…

Ya Rabbana jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..

Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu…

Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..

Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dlm perjalanan panjang menyeru manusia kpdmu…

Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu

Amin….

Monday, November 8, 2010

Elaine!

Elaine
Tepi tangga Temple Street
Pukul satu pagi, dihembus angin kuat
Dengan satu senyum
Dengan satu jeling

Elaine
Ingatkah masa umur belasan tahun?
Dengan rakan-rakan berjalan ke sekolah
Detik dua belas tahun baru
Dengan rakan sebaya
Di Tsim Sha Shui

Elaine
Senyum dan ketawa
Marah dan menangis
Sejarah itu dalam ingatan
Sekarang sudah lain
Tidak lagi tinggal di rumah kecil,
Bukan lagi si hingus dari Kowloon Tong

Elaine
Sejak ditinggal kekasih mungkin
Sejak peristiwa hitam itu mungkin
Sejak kehilangan keluarga mungkin
Sejak bilakah Elaine
Sejak peristiwa di Wan Chai?

Elaine
Jalan inikah yang dipilih 
Tempat berjual beli
Baju-baju murah, beg-beg murah,
Di Jordan Road merah

Elaine
Rambut macam wonder girls
Lipstik merah pudar
Menjadi takdir hidup dan mati
Jadi karier sejati, 
Dari hotel di Peking Road ke hotel di Mong Kok

Elaine
Atas jalan sunyi, atas jalan aneh
Tiada rakan lagi mahu singgah
Tiada lagi boleh kenal
Dari Nathan Road ke Yau Ma Tei, kau berada di tengah

Elaine
Sejak bilakah Elaine
Kau mula berubah
Begini cantik indah
Dress hitam, jeans pudar, kasut tumit,
beli di Ladies Night Market?
berhenti di Mong Kok?

Elaine
Tutur aku asing bagi kau
Rezeki aku lain dari engkau
Jika ada satu jalan lain
Mahukah kau berjalan seiring?

Elaine
Tinggalkan Jordan Road,
Lupakan Wan Chai,
Ambil keretapi ke Hong Kong,
Jangan singgah Yau Ma Tei
Aku tunggu di lapangan terbang

Elaine
Hanya jika kau faham