Thursday, January 19, 2012

Risau tak berumah.

mata mengantuk nak tidur,
hati masih risaukan dunia,
mata ditahan lelap,
risaukan esok,
harus ke pejabat,
terasa hendak meletak jawatan,
risaukan esok dan hari kemudian,
tenangkan hati dengan solat,
dengan ayat quran beberapa kerat,
risaukan dosa yang makin berat,
risau. risau. risau. risau.
risaukan hidup,
meminta mati,
risau pula ke neraka.

taubat, ya dan meminta ampun,
apa jawapanNya?

risau, tidak, lega.

Thursday, December 15, 2011

Suatu Ketika, Disember


Setiap tiba hujung tahun,
Hati sering ragu-ragu,
Apa aku harus gembira
menyambut Januari,
atau aku harus bersedih 
meninggalkan Disember?

Menangis sahaja
kata satu suara, 
sambil kau tertawa,
sambungnya.

Wednesday, November 2, 2011

Timeless

Tell me ur secrets,
Ask me ur questions,
Oh, lets go back to the start.