Monday, November 8, 2010

Elaine!

Elaine
Tepi tangga Temple Street
Pukul satu pagi, dihembus angin kuat
Dengan satu senyum
Dengan satu jeling

Elaine
Ingatkah masa umur belasan tahun?
Dengan rakan-rakan berjalan ke sekolah
Detik dua belas tahun baru
Dengan rakan sebaya
Di Tsim Sha Shui

Elaine
Senyum dan ketawa
Marah dan menangis
Sejarah itu dalam ingatan
Sekarang sudah lain
Tidak lagi tinggal di rumah kecil,
Bukan lagi si hingus dari Kowloon Tong

Elaine
Sejak ditinggal kekasih mungkin
Sejak peristiwa hitam itu mungkin
Sejak kehilangan keluarga mungkin
Sejak bilakah Elaine
Sejak peristiwa di Wan Chai?

Elaine
Jalan inikah yang dipilih 
Tempat berjual beli
Baju-baju murah, beg-beg murah,
Di Jordan Road merah

Elaine
Rambut macam wonder girls
Lipstik merah pudar
Menjadi takdir hidup dan mati
Jadi karier sejati, 
Dari hotel di Peking Road ke hotel di Mong Kok

Elaine
Atas jalan sunyi, atas jalan aneh
Tiada rakan lagi mahu singgah
Tiada lagi boleh kenal
Dari Nathan Road ke Yau Ma Tei, kau berada di tengah

Elaine
Sejak bilakah Elaine
Kau mula berubah
Begini cantik indah
Dress hitam, jeans pudar, kasut tumit,
beli di Ladies Night Market?
berhenti di Mong Kok?

Elaine
Tutur aku asing bagi kau
Rezeki aku lain dari engkau
Jika ada satu jalan lain
Mahukah kau berjalan seiring?

Elaine
Tinggalkan Jordan Road,
Lupakan Wan Chai,
Ambil keretapi ke Hong Kong,
Jangan singgah Yau Ma Tei
Aku tunggu di lapangan terbang

Elaine
Hanya jika kau faham


No comments: